Wednesday, March 16, 2016

III

Aku cuma rindu kawan aku yang dulu, 
rindu sesangat, kemanakah kalian pergi?
aku cukup sedih dengan pemergian korang,
adakah ini memang salahku?

I j u s t m i s s y o u

Aku hanya lihat kalian dari jauh,
perkembangan kehidupan korang,
kenape korang bahagia?
sedangkan aku tidak?
aku hanya hidup dalam kepura- puraan,
menumpang kasih orang lain,
menumpang kehidupan orang lain.

Aku paling takut kalau aku menumpang kasih orang lain,
perkara yang paling aku takut,
takut.. dah terjadi. sangat sangat terjadi
apa yang terjadi? 
'Rampas kawan'
Aku sangat takut perkataan tu,
kenapa?
memang aku salah kerana merampas hak orang lain, tetapi aku hendak mendomba kasih, menceritakan kisah hidupku, sedihku kepada siapa? 
Kadang kadang penceritaan kita pada seorang yang bergelar 'sahabat' berlainan dengan menceritakan dengan keluarga.
Kerana mereka lebih memahami. bukanlah aku cakap bercerita dengan keluarga tidak memahami, tapi kamu sendiri tahu apa yang kamu rasakan apabila menceritakan dengan dua orang yang berbeza.

Kadang kadang aku fikir, apakah silapku? apa kata kataku sungguh kasar? kenapa kalian tidak menegurku? ya, aku tahu kalian takut kerana aku akan sakit hati? sungguh aku faham, tidak apa aku faham kalian lebih suka takut aku sakit hati dari meninggalkan ku terkapai kapai mencari sahabat, terlolong mencari pertolongan, terpekik mencari kasih seorang sahabat.

ya aku sungguh f a h a m.
sungguh sungguh faham mana yang kaca dan permata.

kalian membuatku berfikir, apa itu sahabat. kadang kadang sahabat datang dan pergi. kadang kadang datang hanya kepura puraan sehingga cakap belakang, kadang kadang sahabat yang datang hanya untuk meminta pertolongan dan ia pergi.

kadang kadang ada yang datang, memberi kasih sayang, memberi sepenuh perhatian, memberi tunjuk ajar dan tiba tiba hilang, hilang dari radar. manakah dia pergi? Hilang tanpa jejak.